にんげん は そう いう もん ー せんせい

Saturday, March 26, 2011

" KAT AAJ NI KAN BANG, SELAIN LELAKI HENSEM, APE YANG BEST?

Assalamualaikum
Stupidity are unimaginable
Post ini akan disiapkan dalam kadar pantas, kacak dan malas. Okay 7th post.

Ohh ohh and dont mind the post's title.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan mengejutkan dari media media massa, di mana mereka mengatakan bahawa result SPM tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan yang terbaik semenjak 2006. Satu tahniah kepada batch 10/11 atas kejayaan itu namun ada persoalan yang saya mahu tinggalkan. Adakah peningkatan ini bermaksud kita (batch 09/10) lebih bengap dan lembap dari batch dorang (10/11) ? Nampaknya manusia muda menjadi semakin pandai dan manusia tua menjadi lebih bengap.

Aku rasa orang muda zaman sekarang banyak telan menda menda pelik macam jus sunnah, jus tok guru,  gajus, telur minyak ikan kod, ubat kuat jantan 100% keras dan banyak lah. Cecece, 92'ers dah kalah dengan 91'ers banyak pulak ringtone dia kan.

Ok, kepada SPM leavers yang dah happy happy nanges nanges topless party party atas kejayaan result korang yang mantap dan montok tu kan, its about time to get serious. Good result mean nil, nothing, kalau kau tak reti nak susulkan kejayaan tu. In simpler words, scholars / foundation/ higher education etc. So as a student of AAJ, it is my responsibility to marketise and to sell the name of AAJ to those who still lost about how to amplify your SPM's success. This is a real story.

*you might wanna read the link after this post maybe lah*


KELEBIHAN AMBANG ASUHAN JEPUN.*jeng jeng jeng*

Biasanya bila kita nak buat pilihan, perkara yang mesti ada dalam pertimbangan kita ialah kelebihan keburukan, pros and porns cons. Butt, biasanyalah kan kan, bila orang datang dengan muka buruk bertanya kat kita, " Kau nak dengar berita baik ke berita buruk ?" Mindset manusia kalau boleh akan menjauhkan diri dari perkara buruk dan yang akan mendatangkan melekit kepada mereka dan seluar kecik mereka. Jadi mesti berita baik dulu punya. By that occasion, its better kita dengar kelebihan/ advantage of AAJ than to hear the tormenting part of AAJ. Tapi takde pun seksa sangat kat AAJ ni. Happy je. Tengok muka aku makin lama makin happy kan kan. Urgh.. penat menipu.

Jadi marilah kita bersama sama menerokai satu persatu kelebihan alam dimensi AAJ ni jom ! *untuk lebih feel cuba bayangkan aku comel macam Mia Sara time cakap ni. cubalah*

(Ini tidak mengikut susunan)

Dapat pergi ke Jepun ; 
Ok ini memang bangang lah. Tengok nama pun dah tau. =.=

Berkenalan dengan orang Jepun ; 
Selama ini kita hanya tengok orang Jepun dari jauh kan. Tak pernah terasa ke nak cubit muka comel mereka tu. Tak pernah ke ? Tapi aku tak pernah la. Ape barang cubit je. Anyway di AAJ, komunikasi dengan orang Jepun tu seolah macam tak dapat dielak sampai kadang kadang nak mengelak dari hantar kerja rumah pun, pasti tertangkap. See see. Korang akan 100% selalu dengan orang Jepun.  Ohh ghairahnya

Belajar bahasa yang lain ; 
Ok mungkin ada yang kat luar tu cakap ," Ape aku kisah boleh belajar bahasa lain. Aku pun banyak tahu bahasa lain jugak. Bahasa Melayu, Inggeris, Terengganu, Kelantan, Pasar banyak lah. Aku dah powerr dowh bero! " Weh tu loghat lah bangang.

Pasal bahasa Jepun ni aku akan tulis dalam entri lain. But point is, learning something new is fun kan. Especially in language. Totally new. Dari sepatah haram pun tak tau ke tau hasilkan sebuah karangan penuh perkataan mencarut. Dari sejimbit tulisan/huruf dorang tak tau sampai boleh tulis 3 perenggan ayat mengorat dengan mudah. Cool kan. Tak macam kita belajar subjek sains matematik sume tu. Dah jemu dah menghadap menda sama. Takda tarikan seksual macam kita belajar bahasa. Dah la tak faham, tak jumpa pulak kegunaan dalam daily life. Mencarut lagi. Tapi kalau belajar Jepun tak. :D Boleh guna selalu dengan membe, dengan orang Jepun korang jumpa kat KL Sentral lagi, suma la. Kini mencarut pun anda boleh pelbagaikan dengan bahasa lain. Kan indah tu.

Boleh layan drama/ anime/ ero video dengan lebih berdarah hidung. ;


Nose bleed; major cause of blood loss in Japan.


Bila tengok cite omputeh, kebanyakannya (well mungkin set set up takkan buat) akan tanya " Ala takde subtitle ke. Aku tak suke la tengok cite omputeh takde sub ni. Bukan aku tak faham tapi aku malas nak translate sambil tengok. Aku nak menghayati cite sepenuhnya" Ececece.

Dengan kemasukan korang ke AAJ, korang akan sedikit demi sedikit boleh faham ape yang karakter/heroin tu cakap. Secara involuntarily, bila faham, perasaan ghairah tu akan membuak buak melimpah limpah. On the same time, minat korang untuk mendalami bahasa Jepun akan naik, seperti naiknya bendera Malaysia pagi pagi di perhimpunan.

Boleh membazirkan duit dengan sebab ; 


Anak hasil one night stand iPod and Nintendo DS


Specifically I'm talking about iPod touch and Nintendo DS. Dalam/Di kalangan pelajar AAJ gadget gadget sebegini adalah biasa. Di celah kangkang je. Tidak ini bukan meriak, tapi fakta memang butthurt. Ohh and sebabnya gadget ini biasa ? Mereka (iPod, Nintendo) ini amat gemar diramas ramas oleh budak AAJ terutamanya apabila pembelajaran dalam bahasa Jepun. Eh jap, memang semua dalam bahasa Jepun pun. Except time class English. Dan gadget murah ini digunakan untuk mencari maksud perkataaan, cara bacaan tulisan, dan bermacam macam lagi "kegunaan"

Antara sebab kita payah nak membeli barang yang kita idami dan sangapi adalah kerana halangan parents. Mereka akan berhujah "Oh ini membazir, oh ini bukan guna sangat, oh itu baik bagi mak" dan sebagainya. Namun apabila masuk ke AAJ, pelbagai barang yang kita idam idamkan, kita boleh beli dengan suka hatinya beralaskan alasan ; nak guna untuk study. Ya, memang kita guna untuk study, tapi bayangkan lah, selain tu boleh buat ape lagi dengan iPod or Nintendo huh? Huh? *senyum sinis* Tapi time beli tu dengan niat study lah. Niat penting. Mintak nombor telefon pun kena ada niat. Niat taknak bagi lost contact. Err.

Muka korang akan nampak macam orang Jepun ;
Bukan untuk aku, mereka. .
Kata orang we are what we do. So if you are delving into the Japanese world, why wouldn't you look like Japanese. If people ask you, kau belajar mana, and you answer, course preparation ke Jepun, most probably dorang akan cakap, " Oh patutlah. Muka dah macam Jepun dah. haha " Waktu ni jangan bagi reaksi apa apa. Kembangkan hidung saja. Macam ni ^oo^

Oh menda ni kisah benar, serius. Selalu berlaku kat aku.*ehem*. Kalau nak kira kawan mak aku, tetamu yang datang rumah time raye, and gadis Sabah yang aku jumpe time buat lesen, semua ramai yang cakap macam tu. Ramai tu dik. Jadi peluang korang pun ada, malahan sebanyak 99%. Tapi kena masuk AAJ dulu la. Haha.

Korang akan belajar menghargai masa ;
Bagi korang yang kat luar tu dari beranak lagi dah ade masalah menguruskan masa, jangan risau, di AAJ, masa terlampau sikit untuk korang uruskan. Sebab masa yang lain sume dah tertakluk untuk perkara lain. So pengurusan masa yang berkesan, tak berapa penting di sini. Kerana setiap saat masa yang ada, akan diperuntukkan untuk perkara lain. Perkara lain yang aku maksudkan kat sini bukan study. Bukan lah bukan. Aku mana menipu ni err. .

Definisi cuti dalam kamus korang akan berubah dan keliru ;
Selalunya berlaku pada waktu cuti. Bagi kami, budak AAJ, cuti bukanlah satu perkara yang seronok sangat. Ape cuti cuti ni ? Dah dewasa, dah matang, dah panjang, tak perlu cuti cuti ni. Jadi untuk student AAJ, apabila cuti panjang diberikan, masa akan rasa terlalu singkat yang amat. Tapi kalau cuti sehari/weekend, ohh amatlah terasa lamanya. Macam Jepun aku yang punya.

Dapat mencebok nilai nilai murni orang Jepun ;
Macam korang tau, atau dengar, atau tengok, orang Jepun masih lagi kaya dengan nilai nilai murni dalam kehidupan dorang. Samelah dengan kita orang Melayu.

Antara yang paling orang tau dan sedia maklum, dorang memang punctual. Ini memang susah untuk kita lawan, maybe yang dah menetap lame kat Jepun je boleh. Kalau kita dulunya kat sekolah, susah nak bangun, golek golek 12 pusingan kat katil dulu baru boleh bangun, but then tidur balek, kena rotan tanpa dalam keadaan "free" barulah nak terkebil kebil bangun, well kat sini, anda akan automatically bangun pagi sendiri. Terutamanya bila membe kejut dan cakap macam ni, " Weh dah lambat. 7.30 dah ! Kelas first sensei ________ doh !" Memang laju korang akan bangun memang laju korang akan bersiap. Walaupun membe tipu je padahal baru lepas azan Subuh sekalipun. Walaupun korang skip rutin pagian  lelaki di jamban sekalipun. Bangun dengan laju. Serius.

Boleh berjumpa dengan jejaka jejaka yang mengawan menawan ;
Di AAJ, biasanya pemilihan jejaka adalah antara yang menawan dan berpesonaliti menarik. Masuk ke AAJ dan cuba peluang anda untuk berkenalan dengan jejaka jejaka ini. Terutamanya jejaka batch 29. *batch aku ehem*

Gadis gadis yang baik ;
Err yang ni rasa terpaksa untuk tulis sebenarnya. Sebab dah ade point kat atas, risau dilabel sexist pulak nanti. Sexy takpa, aku boleh bersyukur lagi, tapi jangan sexist. Mereka bagus, erm bagus lah. Mereka caring kat junior, jaga kebajikan junior, dan banyak lagi menda baik yang tipikal gadis gadis selalu buat. Mereka ni bagus. Err sebenarnye aku tak tau nak tulis pasal dorang. Sorry =.=

Kaki berlemak yang berbulu akan jadi kaki bersukan yang berbulu ;
Cara paling berkesan untuk menghilangkan stress bila korang dah nak muntah darah nanah dengan study, ialah bersukan. Well, mungkin ada yang memilih aktiviti lain untuk hilangkan stress, butt ini adalah yang paling common dalam kalangan kami, AAJ. Ohh and sukan apa ? Mestilah futsal. Mudah dekat dan menyeronokkan. Jangan risau tentang court. Kita ada court khas untuk AAJ. HAHA :P

Merasai kehidupan yang belum pernah anda rasakan ;




Selama korang kat sekolah, sebelum SPM, pernah tak korang cakap macam ni ;
"SUSAH gile SPM. Tak tau ah boleh ke dapat straight A"
Mesti ada punya. Kalau tak mungkin common sense kau dah retard. Luar lagi susah, memang sume dah tau kan. So sebelum kita keluar ke dunia luar, dunia yang jarang ada rasa belas kasihan, weh siapkan diri dulu, siapkan diri betul betul. Macam mana nak siapkan diri ?  That one is up to respective dudes, butt one of the method is live a taihen(susah) life. Because you would be geared up either mentally, or physically, or both. Better prepared than never kan kan. Ape kaitan dengan AAJ ? Well this time I'm not gonna lie. Hidup di sini susah BUTT seronok at the same time. Yeah, susah, belajar dia memang susah dan mencabar.

Contoh aku kasi, dalam setiap drama sedih, mesti ada awek cun. Dan apabila kita tengah sedih tengok drama tu, hampir menangis, tapi bila tengok awek cun, mesti kesedihan suma tu hilang kan. KAN. Samelah kat sini. Dalam setiap kesusahan ada kesenangan. Malahan bila kesenangan itu tiba, kesusahan itu akan jadi hampir orang tak pandang pun.

Kalau di program lain pun, susah juga. IB, A-level, AUSMAT, asasi, suma susah. Same je kau lari ke mana mana pun tak akan terlepas dari rasa susah. That is because, the difficulty level of study is increasing by time/age. The same thing goes to life. It aint got any easier, until you scored over the difficult part first.


GULUNG GULUNG
Well its literally gulung gulung kan
Well to blabber all about AAJ's here, I think there wouldnt be time, and words and idea. So to bakal junior, ada ataupun takda, this time is critical. The post SPM's result time. There will be pressure from all sides. So pick your best choice. Get into the right side ; the AAJ side. We'll wait for cha. HAHA

And to the senior, promote AAJ habis habisan ! ! !

Thursday, March 24, 2011

Dari Rahsia ke Terang Terangan.

Assalamualaikum.

Ape we we ni ? Korang lah. I <3 me.


Aku ada nampak batu nesan blog ni tadi time lalu kubur tadi. Okay 6th post.

This is a short entry and maybe a useless one.

Waktu awal awal korang buat blog korang tu korang promote kat orang terus ke ek ? Mungkin ade yang tak de tulis satu post pun lagi tapi dah suruh orang follow haha. Ape tujuan korang promote ? Okay takpe, mungkin kau ada bakat jadi promoter.

Yeay yeay akhirnya aku dah mula promote sikit demi sikit blog aku ni kat orang. Alhamdulillah lah kan kan *kenyitkenyit*. Haha. Dulu, blog aku yang lagi satu  tu, aku memang kedek nak bagi link kat orang. Masa tu aku masih diselebungi selimut keseganan dan keayuan. Mungkin.

Tapi hontou wa(actually) aku cuma nak orang baca je. Follow tak follow itu hal lain. Mungkin hal kedua. Yang penting korang drop by kat sini, baca sampai penutup, komen kalau nak dan girls,tinggalkan nombor telefon, takpun skype id pun jadilah

Kenapa pilih secara rahsia dulu ?
Kalau korang nak jemput orang datang rumah, tapi rumah kau takde ape ape ? What do you expect ? Dia duduk atas lantai, sambil kira bilangan tiles ? Hell no. So aku decide nak tulis lah berketul ketul post dulu baru expose to people that I do know how to talk rubbish, virtually.

literally, taip la.

Kenapa terang tak berapa nak terang ?
Ohh yang itu. Peringkat awal memang macam tu. Aku promote pun dekat close friends je. Especially budak AAJ dan orang yang ada blog sebab latest post aku pasal tu. Lepas tu barulah aku akan promote secara open. Bukan lepas post ini, lepas post lagi satu. Post ni rubbish buat apa.

Dan tuntutan untuk update blog, once kau dah ada blog ni kan, macam tuntutan gadis gadis yang mintak nombor telefon kita. Ya, kita, bukan kau, kita. Tak pernah habis stop mintak. Asyek asyek ada. Korang kena stop baca dah jadi macam gila tak tau nak tulis apa sampai sini saja lain kali pula.

*Sape nak tolong update blog aku aku bayar gaji lagi tinggi dari nuffnang.*

Sunday, March 20, 2011

Ambang Asuhan Jepun ( AAJ )

Assalamualaikum

Theme Scream Park
Aku cakap 3rd post aku pasal AAJ. Termenipu sikit. Okay 5th post baru betul; AAJ.

FOREPLAY ; AAJ

Err err korang tau ke AAJ tu ape? Ok aku tau mungkin tak famous macam K-Porn K-Pop korang tu. AAJ ini ialah satu Program Persediaan Ke Jepun. Alah korang tau preparation A-level, IB untuk oversea tu kan, macam tu lah AAJ ni cuma dia ke Jepun dan tak ada nama fancy fancy macam other preparation course. Program ini adalah sejajar dengan dasar yang mantan PM, Dr M. perkenalkan yakni ; Dasar Pandang Ke Timur. Waktu tu program ini adalah antara program yang terawal yang menghantar anak Malaysia lepasan sekolah menengah ke luar negara. Kot. Sekarang aku batch 29, so start 1981 lah kan kan. Ya ya ya Sejarah memang bosan, lagi lagi bila kita dengar je kita rasa,"Motif aku tau mende ni? Wade wade wade fak."
RPKJ atau dikenali dengan Rancangan Persediaan Khas Jepun ialah salah satu program yang pernah digagaskan Tun Dr Mahathir untuk Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1981. Salah satu tempat khas program ini adalah di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya.
cekau dari blog 28th
THEY HAVE HELL IN FORM OF PREPARATION COURSE.

Mereka pergi sekolah pakai skirt pun takda nak geli geli.
Kalau aku claim ni program persediaan(ke oversea) paling tough kat Malaysia, aku rasa mesti ramai tak setuju dan kata "Ape kau bajet tough habis pulak program kau? Program aku lagi susah kau tau! Program Persediaan ke Alam Kahwin! ". Ok abaikan hambar. Tapi mungkin hakikatnya itulah kot. Bukan aku nak mencomel mengomel tentang susahnya hidup ini, aku tau ada lagi susah, but personally course ini memang sangat mencabar ketahanan minda dan kekuatan nafsu iman. Kalau tak bersedia dari awal mentally physically, susah nak survive kat sini. (Aku tak patut potong nafsu kat atas tu. Serius.)

AAJ'S MENU. Menu utama adalah cikaro Jepun. haha. Tak tak, ini sebenarnya jadual perjalanan kami, all nerds of AAJ. 
Perempuan memang cute kalu muka tengah rajin. link

1. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi. Standard lah tu pukul 8. Tapi kena sampai awal sebab punctuality memang orang Jepun teliti pasal ini.
2. Kelas habis pukul 6.00 plus minus. Tapi biasanya plus plus lah. Sensei pulak tak tengok jam bila mengajar. Saviour nya adalah jam orang bunyi bipp signal dah pukul 6. Memang haram haha.
3. Sebelum masuk kelas, wajib , selepas mandi wajib lah, kau kena buat Yoshuu(review) pasal esok. Confirm sensei akan tanya. Kalau tak jawab kau sanggup ke pandang balek stare dorang. Ohh tidak.
4. Setiap hari wajib ada shukudai(homework). Ini bukan makanan ruji tapi dah jadi oksigen budak AAJ. Malam tu kena siapkan cepat cepat sebab nak yoshuu untuk esok pulak.
5. Setiap hari wajib ada kuiz, setiap minggu wajib ada test. Ini macam bayang bayang korang lah. Lari pun dia akan sentiasa main kejar kejar dengan kau.
6. Tak lepas setiap test, wajib ada tsuishi.(re-test). Ini budaya dan tradisi bagi orang orang yang tak berapa otak Jepun sangat macam aku. Tak lepas tsuishi lagi. Tak lepas lagi amek lagi. Ikut suka sensei tu lah.
7. Setiap kali cuti wajib ada break kadai(assignment cuti). Dah haram hukumnya kalau kadai tu tak setebal buku teks. Mesti sama tebal atau kurang sikit punya.
8. Kalau stress, wajib usha sensei wanita*bagi lelaki* kasik hilang suma nayami(masalah)

eleh takde lah tough sangat kau lelebih, bapuk betul.

*spoiler. Segala yang berkaitan dengan AAJ mungkin atau memang ada persamaan dengan program persediaan Jepun lain seperti JAD, IBT, KTJ dan Petronas punya. 

AAJ ; DULU dan SEKARANG
Well zaman dulu dulu dengan AAJ sekarang ni dah banyak beza. Macam setiap sekolah yang mengalami perubahan kat tradisi by time, samelah dengan AAJ. Dulu pelajar ni dibenarkan mengambil major ape ape yang dia suka dan hati dia suka kat Universiti Jepun sana. Tapi sekarang pengkhususan bidang adalah kepada engineering saja. Dan some rare cases of pharmacy and denstistry. Mungkin itu antara sebab utama kaum awek semakin kurang dalam course ni. Ahh kechiwanya. 

Besides that, walaupun dikatakan program ini adalah antara yang tersenang untuk terpilih, tapi bilangan pelajar dia juga makin berkurang by time. Dulu standard satu batch seratus lebih. Sampai 200 pun ada. Tapi batch aku pecah rekod tradisi AAJ dengan tak sampai seratus pun ,86 je -__-''. Aku terbaca yang kekurangan di adalah semasa pemilihan tu ada sedikit komplikasi dalam JPA. But wadehek, terima jelah. Lagi sikit lagi senang unite kan. Haha yeah like I never hear that kind of shits before. Pfft

AAJ's NERD HOBBY ; DRAMA
Stress is work

Ya memang itu takdir yang tertetap untuk student AAJ. Bila masuk sini je mesti akan lumrah, hobi dia akan bertukar. Ya memang kalau budak AAJ yang tak pernah/tak suka buat menda ni, aku yakin dia akan jadi skizo. Yelah nak buat ape lagi kalau nak hilang stress. Kalau nak hilang stress dengan usha awek, kena turun bawah. Ish lambat lambat. Sempat nafsu habis dulu.  Ish.

Sebelum habis program AAJ, modul dia ialah kitorang paling kurang boleh bace/tulis dalam 2000 lebih kanji. *Tapi itu pun tak menjamin boleh baca paper dorang pun*. Dan juga sebelum habis program ni, kitorang paling kurang pun dah khatam 40 lebih drama Jepun. Hiperbola. Tapi macam tulah, drama dan kehidupan budak AAJ memang berkisar dengan drama. Kalau tanya sekor sekor buat apa time cuti, "Aku tak buat sepatah habuk pun kerja. Drama drama drama haha" Macam satu dadah. Tak reti nak tengadah.

Sebenarnya menda ni pun bukan kitorang develop sendiri. Even dalam kelas kadang kadang sensei ada cakap kena banyak tengok drama. Bukan sekadar tengok bijin(awek cun) je, tapi kena dengar cara percakapan dorang, gaye hidup dan budaya dan blah blah. Takda alternatif lain sebagai pendedahan awal kepada Jepun selain drama. Takkan nak perhatikan sensei Jepun kat sini. Aku rasa mereka duduk Malaysia ni, mungkin lama lama pun terikut dengan perangai orang Malaysia. Haha. They are not a bad example, I clarify here, but melalui drama lagi banyak contoh, lagi banyak culture, lagi luas scope yang boleh kita ambil. Tapi ada je example dan attitude orang Jepun yang kita boleh examplate dari mereka(sensei), takda masalah. Mereka pun ada nilai orang Jepun juga ; punctual etc.


AAJ ; SILIBUS.
First year's arsenal.

Kalau nak dibandingkan secara first glance, mungkin ada orang akan kata subjek asasi lagi susah dari kitorang. Alah nampak susah sebab semua dalam Nihongo(japanese) je. Ok no doubt mungkin betul. Tapi sebalik itu, kami di sini sebenarnya dididik dengan silibus budak sekolah menengah di Jepun. Rasionalnya ialah, selepas high school mestilah masuk U. Tapi high school Malaysia dan Jepun tak sama. So overallnya semua yang kami belajar adalah dari cebokan silibus high school sana. Dan kebanyakannya ataupun semuanya sensei  Jepun ialah sensei high school di Jepun yang berkerja secara kontrak di AAJ.

Namun akan mungkin kedengaran "Haha subjek high school je kot! Takdelah susah mana" Opps. Salah ! Taraf pendidikan kat Jepun dibandingkan dengan Malaysia ada bezanya. Aku belek belek buku teks subjek sains(Jepun) aku, susah dia sampaikan "Aku rasa ini kalau kat Malaysia dah masuk Universiti baru belajar ni" Malahan sensei aku juga bila mengajar, dia akan tanya "Yang ni dah belajar belum kat highschool dulu?" "Ttakk". Dengan kerek dan lawaknya sambil senyum nganjing dia jawab "Oh yang ni sensei kat sekolah rendah pun dah belajar" Haha dia memang lawak. :D Tapi kalau ada menda yang dah belajar, aku laju laju cakap "Oh ni kat Malaysia pun dah belajar " Nak jugak lawan tu chilaka betul haha.

AAJ ; PENCARIAN MOTIVASI

Macam yang aku dah cakap kan kat atas, tanpa mental dan fizikal yang kental, susah nak survive kat AAJ. Tapi jangan risau, bila bila kita tengah lost dan mencari kekuatan, yakinlah time tu Allah akan kirim semangat melalui sensei sensei atau senpai(senior) dalam bentuk words of wisdom mereka. Dah  banyak kali berlaku kat aku. Memang ada time dia aku rasa fed up fucked up, tapi bila dengar words mereka, its damn soothing and tranquilising. Not easy untuk aku when you are in the league of the smart asses, but you are not even in their league. Nak cari kekuatan dalam that kind of slipstream memang taihen(susah). Tapi syukur lah semangat ni still tinggi lagi.
Kurang mengeluh kurang lah berpeluh.

Dalam satu lecture, one of my respected lecturers, Dr. Zoraida Mustafa bercakap tentang AAJ dan kenapa course ini memang susah. Berikut adalah kata kata beliau yang aku samar samar ingat.
 During my time, things are hard. Sensei rasa tak tahan dengan AAJ sebab memang susah. And at that time, I turned to the first principal of AAJ(ini yang aku ingat lah); Prof Diraja Ungku Aziz. He was one of the founder of AAJ together with Dr M. He blueprinted the modules and structures of AAJ. Sensei mengadu lah kat dia kenapelah susah sangat life AAJ ni. And he said.
" You students are like potatoes. You guys are to be served on the table, and you guys have to be cooked fast. Tapi kalau kita kuatkan api, kentang akan terbakar, hangit, tak boleh makan. And kalau kita slowkan api, kentang akan tak cukup masak. So what do we do ? We put you guys into a pressure cooker."
That one struck me right into the heart. Sharp words wisely said. That is why when sensei sensei time mengajar, but occasionally when they stop and start digressing, I stop looking at books and hear thoroughly on each sounds that comes out from their mouth. There are times aku begitu takut dengan result aku, aku push gila gila kerana membe membe lain suma perform, then right on the spot sensei cakap kat lecture yang memang melegakan aku gila gila ;
"You guys doesnt have to be perfect. You just have to be good. Enough."
To kohai(junior), yes life AAJ sucks. Sorry to say tapi memang betul. Tapi what do we cherished more? Life after load of shits and hardships, of life yang senang lenang kaki lenggang ? "Tak pernah sehari pun kat AAJ kita diajar menjadi lemah. You have a war and you struggle everyday. But that is what strengthen us kan"

AAJ ; SALAH FAHAM. DISCLAIMER.

Kami pun bersukan jugak. Picture: sports day
Kami pelajar AAJ di sini ingin menyangkal dakwaan tak bertanggungjawab sesetengah pihak bahawa "Ohh dia budak AAJ mesti budak pandai up kerek sombong blah blah". Ini amat menyentapkan bila dituduh sebegitu rupa. Saya mewakili Rpkj 29th ingin menegakkan bahawa kami semua sama dan tak pernah kerek. Setiap kali aku atau orang lain berborak dan ada masuk pasal akademik sikit, mulalah "Kau takpe budak Jepun, budak pandai." Pelempang Jepun pernah makan ? Biasa rasa ? Bukan aku la yang kasik sebab aku bukan orang Jepun, aku suruh sensei aku kasi.

SEKILAS DARI BALA
Oinori o okuru. Japan e

Ini bukan Bala, batch aku, tapi ini bala yang Allah turunkan ke bumi Jepun; tsunami. Mungkin kita boleh kata ini petanda kiamat dan sebagainya tapi Dia lagi mengetahui. Amat tersentap apabila berita itu sampai sebenarnya. Ada dari keluarga sensei kami yang terkena kesan dari bencana tu.Bumi yang selama ini kami damba dan dreams about, sekarang ini menghadapi ujian dari Allah. But like every other millions have said, Japan will rise again stronger. InsyaAllah. Send our prayer. 

東日本 大地震と津波のニュース、言葉が見当たりません。被害にあわれた方々に 心から深くお見舞いを申し上げます。 本当にひどい状況かと思いますが、 少しでも状況が良くなることを 強く強く祈っています(Berita gempa bumi dan tsunami di timur Jepun, tak dapat digambarkan dengan kata kata. Saya kirimkan rasa simpati dari hati saya kepada mangsa mangsa. Memang satu keadaan yang mengerikan dan saya sangat berdoa berharap agar keadaan menjadi lebih bagus walau sikit pun.





Manchester United ; 何 ? Nani mintak naik gaji ?

Assalamualaikum.
Kalau player bola semua muka camni, tengok bola pakai tuala jawabnya.

Hello The Reds, hello losers. Okay 4th post.

Kanji(chinese character) kat atas dibaca "nani". Maksudnya "apa".So bacaannya jadi camni, "Nani(apa) ? Nani mintak naik gaji?"  Ok aku tau ni gags hambar so jangan gelak. -__-''

Korang baca surat khabar tak ? Well aku tak. Aku tak baca bukan sebab isu politik yang berat sebelah belah belah belah suma tu. Tapi sebab takde mase pun. And kalau nak bace, zaman sekolah dulu aku prefer bace The Star. One of the main reason is, English dia amat stylo. Cara dia twist ayat memang style sampai kau tak sedar kau senyum meleleh air liur.

Baru baru ni aku tergerak nak baca Utusan. Sebab remote tv takde kat aku, laptop orang lain conquer so nak buat macam mana. Belek belek lah jugak. Dari mana aku belek tu of course lah boleh agak kan. Dari bontot lah. Atarimae jyan(of course lah). Belek first page, ohh sukan tempatan. Tett next page !

Eleh cube kita suruh dia bukak kekuda silat mesti ketar
Sidebar paper tu terpampang headline yang sebijik sebuah dengan topik entri that is ; Nani mintak naik gaji. Naluri seorang lelaki bila nampak menda serius mesti dia akan dekatkan muka kat paper tu then poyo poyo buat muka berfikir kononnya bila nampak perkara serius dorang akan bertukar jadi serius. Itulah yang aku buat haha. Tapi aku masih berpegang kepada "Bukan semua orang ada peluang" so aku kepilkan petikan berita tu kat sini. Aku cekau dari sini
Manchester United face a contract row with Nani on the eve of their Champions League clash with Marseille.
The Sun says the winger wants to discuss a new contract and wage rise on the back of his sparkling season.
But that has already been rejected and Nani, 24, has already told close friends he is considering a new challenge.(Ini memang fark)
He is just a year into a new four-year contract signed last March.
That raised his wages to around £65,000 at a time when he was nowhere near as influential as he is now.
The player's representatives now believe he should be among the top-paid players at the club. They would not expect him to get the £250,000 a week Wayne Rooney earns, but nearer the £100,000 the likes of Dimitar Berbatov pick up.
But the club have told Nani's people there is no way they will be renegotiating with three years left on his current deal.
Real Madrid are keeping tabs on developments.( INI LAWAK HAHA )


 BAU BAU TRAGEDI 11 JUN 2009

zaman gay gilang gemilang mereka

Okay ni bukan tarikh tragedi Munich. Juga bukan tragedi Terry melanggan semua isteri team mates dia semasa mereka sedang berlatih. Tapi ini tarikh keramat yang membuatkan seluruh kampung United membenci satu figure ni; no other than gayer Christiano Ronaldo. Perpindahan dia tak big deal pun kalau kita put aside transfer fee tu, sebab yang membelinya team mana lagi kalau tak kaki sapu star player kalau bukan Real Madrid. Tapi sebab statement kerek dia lepas tu lah yang membuatkan fans MU tengok Ronaldo macam tengok hantu jee. Rasa nak simbah dengan air yasin biar terbakor muke gay die tu. And and sebab itu Real Madrid team yang sangat best bila digunakan dalam PES. Mereka kaki sapu. Dan rasa celaka bila dah taip banyak tengok tengok semuanya lari dari tajuk tapi malas nak delete.

Okay moving on. Demand kenaikan gaji oleh Nani ini juga disebut sebut berpunca daripada agent yang menghasutnya berbuat demikian. Ini kerana Nani memang memainkan peranan besar dalam jentera MU season ini. Ada benarnya kata kata player otai seperti G. Neville, "Agent inilah yang merosakkan pemain sekarang. Mereka jadi manja" 

Nani mengharapkan tidaklah setinggi gaji Rooney, tapi paling kurang cap ayam bagilah setaraf Berba. Okay korang pun boleh membaca kan kat atas -_-''. Tapi isu perpindahan selepas menjadikan Manchester United sebagai batu loncatan bukanlah isu baru. Berlaku dari dulu lagi. Dan dibeli hampir dari kelab yang sama.

Ngomelan Nani ini memang tak wajar lansung sebab kontrak dia baru berjalan setahun dah pandai pandai nak tukar nego. Siapa siapa yang main game bola, noob sekalipun tau yang kontrak is kontrak. Dan mengenainya hanya ada pada sebelum sain kontrak, sebelum kontrak tamat, dan selepas kontrak tamat. Itu saja yang ada dengan kontrak player.

Pesanan buat Nani, walaupun dia belum lagi follow blog aku, agar ghairah dengan The Redtube Reds dengan lebih lagi. Love the team. No player is bigger than any team. But if you are to compare between players, mungkin kau besar tang gunner tu. Dia ingat senang ke nak main dalam MU yang die senang senang nak buat politik katak kat sini. Berapa ramai player luar sana menyangap drooling tengok gambar Fergie 2 jam sekali semata mata nak masuk MU. Appreciate lah sikit.

Maybe aku tak layak mengkritik sebab aku hanyalah fan noob MU. Yeah memang noob. Aku bergantung kepada internet untuk dan Wisel untuk keep my football life supports keep beating. But in a nutshell*sumpah ni ilmu SPM ni* every player should learn to have faith to their team no matter how the contract is. Tapi kalau ade team offer lagi banyak aku pun chow. Bini anak semua tu kena fikir. Belum kira kos WAG's lagi.  Anyway try playing for girls the love to the game. Play beautiful. Joga bonito. 

Real Madrid dah boleh jadi tong sampah MU bila nak buang pemain baru nak up.

Friday, March 18, 2011

Manchester United ; fans behind the scene.

Champion have their own colour; red
Assalamualaikum

Hello Man U, hello Red Devils, hello Old Trafford, hello Sharp, hello Vodafone, hello AIG, hello AON, hello Nike, hello Umbro, hello Sir Busby, hello Audi and hellooo Champion :)

Tak tak aku tak bias. Okay 3rd post.

Post yang aku suka nak tulis. Sebab its about my one and only Manchester United. haha. Firstly aku mula bergiat giat dengan kegiatan fan MU ni bermula zaman sekolah rendah rasanya kot. Aku curi curi pegi CC bukak tenet pastu layan MU sorang sorang dengan muka ghairah meleleh sampai kena tangkap ngan cikgu. Haha takdelah. Sebenarnya semua datang dari pengaruh  abang aku lah ni. Tapi zaman dulu kan, susah nak tengok berita dunia luar melainkan dengan tv je. Zaman dulu aku tak pernah pun tengok siaran lansung match MU. Mungkin ada tersiar tapi aku tak pernah tengok. "Bukan semua orang ada peluang". Thats one of the zannen(misfortunate).

Aku mengenali player player MU banyak melalui poster poster abang aku. Dia tampal kat bilik dia dan of course lah kami adik beradik berkongsi bilik. Antara poster dia ialah, Peter Schemeichel, Eric "Kung Fu Kick" Cantona, David Beckham, Ole Gunnar Solskjaer dan juga poster lineup 1996-97 1998-99. Dari situ aku tahu siapa mereka ; the boys in red.

Sebagai fan, kita harus mengetahui setiap segala perkara tentang pasukan kesayangan kita tu. Or else we are no other than fan wannabes. Well tu yang aku dengar orang kata. Ok kerek habis lah wei. Tak perlu sampai nak tahu semua perkara  macam siapa manager tahun sekian sekian, siapa pegang paling lama, kenapa nama macam ni semua, tak perlu. Certain things, I mean, BIG things je perlu tahu. Yang lain tu sehingga kita diberitahu tak perlu rasa terhina sebab tak tau. I mean cool la. Enough kalau tau the big names, big occasions, big clashes, and other bigs. Kau tak rasa ramai orang kat dunia ni tak layak jadi fan sebabkan those simple things. Aku rasa kalau ada home game, yang paling mungkin tahu semua pasal MU dalam stadium tu ialah cleaner yang tak pernah berhenti sejak MU established.

REPEATING THE TREBLE.




Kalau big team, wajib dan wajibal ghunnah dorang mesti menang treble even sekali. Man U of course lah tak terkecuali. :) The treble was 1998-99. Itu tahun aku baru berjinak jinak dengan MU sebab tulah menang treble tu. haha. And this year, the hope of winning treble rise again. We just passed to semi final of FA Cup, we still on top of the BPL table with only 9 games left, and sekarang tunggu draw untuk Champions League punya quater-finals.

Of course takkan ada easy road punya untuk this year punya treble. Sebab zaman monopoli untuk sesebuah team dah lama berakhir. Satu ombak perubahan dalam dunia bola sepak. Sebab apa ? Sebab sekarang bola pun dah masuk mainstream of world's top sins; MONEY. Dulu orang kata "Kalau kau takde duit kau takkan dapat perempuan punya" sekarang "Kalau kau takda juta juta duit kau takkan dapat beli player punya"  . You'll have good strategy good playbook and good player.


 Selalunya apabila satu team menjuarai league, mereka tidak akan membeli player lain dah kerana beranggapan team mereka sudah kuat. Itulah antara kesilapan Inter Milan tahun ni. Tidak seperti kali terakhir AC Milan menjadi juara, pengurus kewangan mereka amat menegaskan untuk melakukan rombakan dalam skuad atas satu sebab ; Konsistensi dalam motivasi pemain akan berubah. Atas sebab pemikiran beliau itulah beliau ialah salah seorang pengurus kewangan yang disegani.

Dan MU selalu menjadi team yang asyek mendapat kecaman fans mereka sendiri sebab kelokekkan mereka dalam membelanjakan duit untuk memperkuatkan team. Transfer market season ini menjadi satu kebimbangan fans pada awalnya kerana MU hanya membeli Javier Hernandes untuk memperkuatkan jentera serangan mereka. Kecaman kerana tiada usaha untuk mengampuhkan bahagian midfielder kerana player player otai sudah masanya untuk mereka menggantung but mereka. Dan Ferguson terkenal dengan sikapnya yang tak pernah kisah dengan kecaman orang kerana semua pencaturan sudah ada dalam game plan beliau. Dan pencaturannya berhasil apabila Chicarito membuahkan hasil yang diharap-harapkan dan bakal mempunyai masa depan yang cerah di Old Trafford.

Bukan semua menda pasal Man U boleh dipuji. Ada yang boleh dikritik. But on the ups and on the downs, on the bad games, on the lousy referees judgement, on the strongest defence, on the darkest days possible at Old Trafford, we are always there and we will be singing que sera sera. Glory is on no other, than you, MU.



[update] MU dijadualkan menentang Chelsea di quater dan Inter Milan atau Schalke di semi. This year's treble would be very bumpy than a Double D cup. Fingers crossed >.<


We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Bising betul 

Sound makes our life richer
Assalamualaikum wanita hari ini.

Post kedua.

Aku cakap kat membe aku bila dia tanya bila nak buat blog, aku cakap time cuti ah. Sekarang tengah cuti so kalau aku tak buat jugak aku rasa macam bertentangan dengan kata kata Joker.

  • Kenapa Bising Betul ?
Dalam setiap pembikinan blog, setiap blogger pasti akan pening kepala takde selera bila memikirkan nak letak name ape kat blog dorang kan. Jyeah itulah yang berlaku kat aku. Taknak lah letak name-nak-gempak-tapi-entri-macam-fak. Pikir punya pikir na na na terkeluar lah nama ni.

BISING BETUL ™


Dari mana aku cekau nama ni ? Jistu wa(sebenarnya) , aku zaman muda dulu membe aku kate aku bising sikit. Sikit je. Aku suke cakap more than type tapi still aku masih lack of speaking skill and storytelling skill. Tak macam membe aku, dia kalau cerita, memang best. Rasa nak dengar je. Dengan tone die, muka dia, gelak dia. Sampai cerita yang orang dah tau pun tak kisah dengar lagi sekali.

*Cuba bayangkan kau tengah bercakap then semua orang tengah pandang kau. Mesti stim seronok kan ?*

Korang tau tak page ni. Agak startled but wadehel. Well tak salah pun dan takde salah kat sapa sapa pun. Sosial ability setiap orang berbeza. Aku ade membe yang pergi mana mana pun orang nak jadi membe die. Die rilek je selambe badak je, kuat pangkah orang pulak tu. Tapi best membe ngan die. Selain bau kentut die, mungkin dia juga keluarkan bau bau keperamahan yang amat.

Well bagi aku, facebook ke depan depan ke same je. Still sama. Okay mungkin aku tak boleh buat muka smiley macam kat facebook. Cube kau buat muka ni, =.= , boleh? Cuma bila mengorat tu facebook ade kelebihan sikit lah. Kita boleh guna ayat yang tak sanggup aku cakap depan depan sebab cheesy sangat. (Khas bagi lelaki yang susah nak mengorat depan depan) Haha.

Serius shit dah diverge ni. Anyway mungkin ada atau takda orang yang fikir aku ni stereotype of the other existing blogs yang ade kat luar tu. Well suits yourself. Tapi gila baby lah blog kepam ni boleh disamakan dengan blogs gempak kat luar tu. Aku rasa takkan boleh disamakan pun sebab;
"Mereka ada buat research
Mereka ada peminat
Mereka boleh buat ayat ilmiah dan menghiburkan
Mereka dah tua dan berpengalaman
Mereka boleh berfikir secara kritikal
Mereka tak noob pasal computer and design layout
Post mereka mesti ada orang nak baca
Post mereka tak berkisarkan diri sendiri
Mereka tak malas"

Okay by the way, I'm looking forward for my next post ; AAJ. Mintak mintaklah even ada next post tu. Puh puh puh adelah. 

*Baru 2nd post aku dah rasa malas*


Wednesday, March 16, 2011

A new start with some new shit.


Yes yes yeay yeay

Assalamualaikum

Setelah tak tenang tidur, tak kuat berdengkur, tak masykur sisa dubur, akhirnya aku buat juga. Dah lame aku menyangap nak menulis tapi memang damn masa takda lah malas lah mak suruh buang sampah lah. Macam macam.

Sebenarnya ini bukan first blog aku. Dah banyak dah aku buat. Ok sebenarnya seketul je. Tapi SERIUS aku katakan itu adalah virtual trash(sampah maya). Aku tak tau aku kena rasuk ape entah bila buat blog tu. Tak best gila baby wehh. Dengan gaya penulisan tak matang nye, dengan titik noktah berlebihannya, *typestyle sesetengah orang*, dengan aku guna ganti diri "penulis" instead of "aku" pulak tu. Err duhhh. Aku rasa masa tu aku terikut dengan blog blog gempak yang aku bace kot. Padahal tak mampu. Kalau aku boleh pergi to that particular time of when aku buat blog tu, seriuss aku pangkah diri sendiri. Nasib baik sekarang dah dapat hidayah bloggeriah. Yeah :D

"Ade blog ?"
Aku rasa dah banyak ramai orang yang tanya soalan camni. Serius ramai. Lebih dari satu. Kenapa trend orang sekarang suke buat blog sampaikan aku sendiri pun sampai terbuat buat, but hell the question just keep echoing without any answers. Mungkin kita dah tak pandai bersosial. Mungkin kita dah tak pandai bercerita guna mulut dah. Mungkin.

Well bukannye aku target nak ramai orang baca or follower pun. Dan seriously shit pelik kenapa blog yang berlambak gambar gedik-yang-orang-taknak-tengok-pun-private-life-kau boleh ada ramai followers. Duhh. Biasanya awek lah yang memonopoli kategori ni. Dah la followers pun ramai awek jugak. Aku rasa memang awek awek kat Malaysia ni berpegang utuh dengan konsep peramah dan cakna. Semua hal orang dia nak tahu, semua hal dia dia nak bagitau. Kan kan :3

And sorry if layout blog ni macam orang tua. Sebab ape orang tua ? Sebab aku pakai warna grey. Biasanya orang cakap kelabu ni warna tu. Tak caya cubalah pakai seluar slack warna grey, nanti nak melintas jalan pun ada orang pimpinkan. Anyway, aku suke kelabu because not to dark not to bright not to outstanding ; plain and unnoticed.  Kalau terasa macam mengantuk bila tengok warna layout ni, bukaklah sebelum tidur. InsyaAllah senang tidur. Tidur tak kering pulak tu.

Enough for the introduction. Actually berlambak lagi nak tulis *ceh macam banyak idea* tapi nanti post lain redundant pulak gist dia. Squirt semua kat sini pun tak guna. Macam korang semua ayat mengayat kat sorang awek kat belah kanan, nanti kat awek belah kiri takkan ayat same kot. Kantoi tepek.

Cubalah untuk istiqamah dengan blog ni Yid. Dengan perempuan tak istiqamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top