にんげん は そう いう もん ー せんせい

Saturday, August 17, 2013

I have to write.

"Lapar. Malasnya nak makan~"

Assalamualaikum. InsyaAllah kali ni tak jadi draft.

Nothing beats a nice cup of coffec with a book to read
Dalam banyak hobi hobi yang aku ada, ada satu hobi ni yang aku sangat suka buat tapi kadang kadang malasss sangat nak buat. Hobi itu ialah membaca. Ini terbukti dengan kesemua buku buku di rak aku berada dalam keadaan 積読(buku yang kau beli konon nak baca tapi terbiar di atas rak). Aku amat jarang membersihkan habuk buku di rak aku. Kebiasaannya I just stick to reading internet's articles.

Baru baru ini, aku tersedar satu perkara bila membaca tulisan tulisan orang. Aku tersedar ada satu perkara negatif dalam hobi membaca aku ni. Dan bila aku terfikir pasal perkara tu bila aku sedang membaca, aku akan jadi down terhadap diri sendiri.

Apabila aku membaca penulisan di internet yang awesome, aku rasakan yang aku tak dapat outsourcekan apa yang aku baca ni lansung. Yang ada hanyalah input. And what makes thing worse is that, aku rasa aku tak mampu hasilkan penulisan yang sama hebat dan menarik untuk dibaca. Have you ever have some kind of inferior feeling when you are reading tremendous piece, you have this vibe that you couldn't yield the same level of writing? I always do.

Why?

I suppose a number of people always say that they like to think more than they speak. Frankly speaking, I think I'm one of them. Tapi ini bukanlah satu perkara yang bagus. Sebab you process vast inputs but you produce zero output. Fikir banyak banyak dalam kepala tanpa menzahirkannya hanya akan buat segala kebernasan buah fikiran kau tu akan jadi sia sia.

Dengan menyalurkan setiap apa yang terlintas di kepala kau barulah kau boleh susun atur apa yang kau sedang fikirkan. And who knows, you might have some pretty awesome shits occupying your head ready to be blasted out. Sekadar berfikir dalam kepala, segalanya nampak samar samar dan tak teratur. Contohnya, kau ada list of things yang kena setelkan tapi kau cuma shortlisted dalam kepala. While you're at it, you have the tendency to lose your priority. Tapi kalau kau create the task flow, everything would be smooth. Faham tak?

What I'm trying to say is, it is good to exercising your brain thinking potential but while you're at it, apa kata kau latih diri untuk memfizikalkan yang abstrak?

The tricky part?
tricky part is tricky
Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul.
Berat otak berfikir berat lagi tangan menulis
Analogi simple tapi kena dengan apa yang aku maksudkan dengan "tricky part" tu. Kadang kadang penghasilan idea tidak sesusah pelaksanaan. Segala yang kau fikirkan tak semestinya dapat disalurkan ke jari jari kau membentuk ayat. Contoh la kan, waktu exam, kau rasa macam kau tau jawapan sebab kau ada memori tentangnya, tapi entah kenapa bila kau try nak tulis, tangan kau freeze. Macam tulah lebih kurang. Dan aku rasa masalah macam ni dihadapi oleh sesetengah penulis yang ada tabiat mendraftkan entry blog mereka.

Kelumpuhan jari kau untuk mengadaptasi fikiran kau bukanlah satu penyakit yang tiada ubatnya. Apa fungsi stretching sebelum bersukan? Untuk mengelakkan kekejangan dan mengfleksibelkan urat kan? That is the sole thing that you need. There is one universal way to be good at something, no other than accustoming yourself to it. Jadikan menulis itu satu habit.so that otak kau takkan kejang dan jadi lebih fleksibel. Sebenarnya tak perlu untuk tulis satu karangan panjang pun or tak perlu menulis lansung pun. Cukuplah dengan jot down your thoughts ataupun berdiskusi dengan sesiapa. Asalkan kau tak peram sampai kepam dalam kepala cukuplah. Outsource em' my friend, outsource em.

And what would you become?


Become Batman maybe? No of couse you wouldn't. Cause I'm Batman
A better thinker and doer and maybe speaker too! Alah bisa tegal biasa. Awal awal kalau nak menulis terkial kial lagi tapi tak mustahil dengan sheer determination, kau maybe developed more than you ever imagine. Sapa tahu kan.

Melencong sikit. Aku ada satu stereotype terhadap pendebat, debaters, pemidato or simply orang yang high level dalam human communication. Bagi aku, orang yang pandai cakap mesti pandai tulis. Sebabnya, macam yang aku sebut kat atas mereka dah terlatih untuk mengeluarkan buah fikiran mereka kepada kata kata atau journal. Tengoklah pemimpin yang pandai cakap, dan bacalah "air tangan" mereka. Aku berani jamin yang they write as good as they speak. Tak macam sesetengah pemimpin tertinggi, cara cakap pun bosan, baca teks, pastu takda satu pun writing dia yang awesome. Okey, terkutuk pulak.

On the other hand, good writer doesn't make you a good speaker without adequate skills and training. Blogger blogger terkenal maybe boleh menulis dengan bagus tapi maybe communication skills dia lebih kurang kita, orang biasa ni ja. Penulis yang baik tak semestinya dijamin yang dia boleh berbicara sehandal tulisannya.

Internet famous
Well, still cannot pay bills with fame
Ramai di antara kita yang meminati jaguh jaguh internet berdarah Malaysia macam MatLuthfi and the geng. Boleh katakan 90%? Well, aku dalam 10% tu sebenarnya. Bukan nak kata aku dorang tu tak hebat. Dorang memang hebat, serius. Aku respect dorang. Aku panggil dorang internet famous sebab dorang bermula dari internet. Bukan nak kata dorang hanya jaguh dalam talian je. Kalau tak hebat takkan beribu ribu orang minat.

Apa yang orang rasa atau fikir bila tengok video atau hasil kerja dorang?
"Pergh hebat gila " or
"Ada point jugak dia cakap tu" or
"A ah tak terfikir pulak macam tu"
Aku andaikan yang ramai kagum dengan kerja kerja dorang. Tapi pernah terfikir tak kenapa dorang boleh capai apa yang dorang ada sekarang ni? Macam mana dorang boleh berfikir dan menghasilkan work yang hebat macam yang korang tengok dan baca?

Ramai yang hanya tahu kagum dan memuji, tapi berapa ramai yang cuba nak tiru atau berusaha untuk sehebat dorang? Jangan salah faham di sini, orang hebat tak equal blogger hebat atau vlogger hebat. Aku tak kata macam tu. Bukannya kena ada blog atau vlog untuk jadi orang hebat. Cuma dorang ni aku acknowledge sebagai pemikir yang hebat. They think hard and the better part is, they work harder to get best product.

Macam mana dorang boleh achieve sampai ke tahap ni? Aku percaya yang dorang pun lalui proses development yang sama yang akan kau lalui kalau kau start develop diri sendiri. Cuba tengok earliest works dorang? Adakah dari awal dah awesome? Or dari awal hambar tapi dorang pick up the pace slowly dan masuk gear by gear? Aku nak jelaskan yang aku takda lansung niat nak mendoktrinkan bahawa famous itu equal hebat. Aku cuma nak ambil contoh.

Jadi cukup ke sekadar tengok dan kagum?

You. Yes you
sweet dengan diri sendiri takpa
Aku jujur katakan yang aku lemah dalam dua dua aspek yang aku ketengahkan kat post ni. Either writing or speaking. No, no aku tak poyo humble tapi nilah sincere self-evaluation terhadap diri aku. And I cannot stand breathing in that kepompong. I want to see development in myself but since aku tak bergerak ke arah tu, keinginan hanya kekal abstrak.

Communication, verbally or written is arguably the robustest weapon  you can have in your arsenal. If you holistically sharpened either or both, you probably don't even need a college degree to get a nice job. Orang yang advanced dalam communication akan ada job prospect yang tinggi.

Aku setiap hari bercakap. Means setiap hari is my verbal training. Tapi bukan setiap hari aku menulis. So for that cause, aku kena practice abundantly untuk sampai ke satu tahap yang aku boleh berpuas hati. Entry ni adalah salah satu daripadanya. Kalau sesiapa yang sedang membaca ni terasa, "Merepek apa mamat ni? Tak best langsung cara penulisan", that implifies that I'm still picking up my pace in this. Told ya I'm not good enough.

Alhamdulillah tak jadi draft. Wooho.

Tuesday, August 13, 2013

IRONI

IRONI


Ada yang berusaha seribu daya demi impian yang lama dibina
Namun bila impian jadi nyata, dia terhenti hilang daya usaha
Ada yang lain jalan dari cita cita
Tapi dia mampu teguh di jalan barunya tanpa rapuh

Ada yang baki akaun banknya tidak pernah kurang dari empat angka
Namun dia tidak pernah gembira kerana kurang masa untuk bergembira
Ada yang sehariannya hanya cukup untuk ala kadar
Tapi hari harinya tidak pernah hambar, senyuman tidak pernah pudar

Ada yang sihat walafiat tanpa penyakit
Namun gaya hidupnya, makannya, seolah mahu menjemput sakit
Ada yang batas dirinya mengehadkan upaya
Tapi dia lebih kental, cergas, menongkah kekurangannya

Ada yang bakatnya hebat dan bukan calang
Namun selainnya dia lebih kurang
Ada yang boleh buat semua
Tapi tiada antaranya yang luar biasa

Ada yang menjaja bakat musik ke serata tempat
Namun masih belum muncul yang berminat
Ada yang hanya jual muka suaranya komputer yang jana
Tapi masih ada peminat dari yang muda sehingga yang berusia

Ada yang lambat mengenal huruf dan hisab
Namun dia tidak pernah culas menghadap kitab
Ada yang bersekolah tinggi, ilmu segalanya disaji
Tapi dia tidak pernah menghargai yang menyaji

Ada yang mengharap tinggi dengan penah lelah diri sendiri
Namun kecewa, duka dan hampanya acapkali

Ada yang  jauh merantau demi mengaji
Tapi pulangnya tidak lebih dari segulung ijazah graduasi

Segalanya demi sesuatu

Ada yang itu, ada yang ini
Namun yang itu, namun yang ini
Ada yang ini, ada yang itu
Tapi yang ini, tapi yang itu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top